SELAMAT HARI RAYA 2012

Assalammualaikum kepada para pengunjung Noramanik.blogspot.

Saya harap saya belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada pelanggan, mereka yang pernah belajar menjahit manik, dan pengunjung Noramanik.blogspot.

Dalam kesempatan ini, saya ingin memohon maaf seandainya dalam kita perbualan dan perbuatan saya, saya ada melakukan kesilapan sama ada saya sedar mahupun tidak.  Mohon dimaafkan segala kesilapan diri saya.  Seandainya saya ada masih terhutang wang ringgit mahupun perkara yang belum dilangsaikan, silalah hubungi saya di 012-3654519 untuk urusan selanjutnya. 

Kepada pelanggan yang pernah menerima perkhimatan sulaman manik dari saya, terima kasih atas sokongan anda.  Diharapkan anda berpuas hati dengan hasil kerja saya.  Andai ada komen, silalah beritahu kerana saya berminat dan berusaha untuk memperbaiki segala kekurangan yang ada. 

Terima kasih, semoga bergembira di hari raya ini. 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...