KALUNG - ANA

Baju :  Adik saya, Ana
Material :  Satin
Tatarias  :  Bahagian Dada dan Lengan

Sebelum ni saya pernah berkongsi gambar baju ini di Facebook saya :  Nora Rahman.  Ada yang comment, nampak sama bentuk yang dijahit.  Sebenarnya saya tidak menggunakan lace langsung untuk menjahit manik di baju Ana.  Hanya menggunakan kertas keras yang dilukis dan digunting mengikut corak yang dikehendaki.  Tidak lupa juga pen silver dust yang pernah saya ceritakan di Noramanik.Fotopages suatu masa dahulu.  Stress nak siapkan baju ni sebab berulangkali saya membuka kembali jahitan akibat tak sama susunan bentuk yang dijahit.  Alahai.... bila nak siap nih.  Lama tau saya jahit baju nih. 

Satu habit saya yang sukar diluntur.  Adik, suami dan rakan-rakan terdekat menjadi mangsa saya.... Dek kerana terlalu lama menghadap sesehelai baju itu, mulalah saya tertanya2.... Ok ke?  Ok ke?  Jadi, merekalah mangsa keadaan yang sering dirujuk tentang hasil yang separa siap sehinggalah siap sulaman manik tersebut. 


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...