Kak Farah - Jubah 2


Kak Farah - Jubah 1


Persalinan jubah raya untuk bonda tercinta. 

FIZA - PJ

Baju Fiza and her cousin.  Sportingnya cousin nih.  Suka tengok keakraban mereka.  Baju raya pun warna sedondon, walaupun sudah pun mempunyai keluarga masing2.  Very rare to find this kind of bonding among the cousins.  Kan... Kan...? 


KAK SAL - BRUNEI


Kain polos berwarna hijau ini diserikan dengan sulaman manik dan labuci di bahagian tangan dan keliling baju.  Baju diserahkan ketika beliau berkunjung ke Malaysia.  Alhamdulillah, beliau berpuas hati dengan hasil kerja tangan saya.  Another batch of her baju kurung, bertukar tangan untuk disiapkan selepas hari raya.  Thanks for your contiunous support. 

SHIMMERING FLORA - KAK SAL BRUNEI

SF dibuat di keliling baju dan tangan. 

ELLA - JB



Make over untuk baju lamanya.  Patch lace di bahagian lengan dan bawah baju kebaya modennya.  Manakala di bahagian dada, saya highlightkan manik 3D yang membentuk bunga corsage di sisi dadanya. 

SELAMAT HARI RAYA 2012

Assalammualaikum kepada para pengunjung Noramanik.blogspot.

Saya harap saya belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada pelanggan, mereka yang pernah belajar menjahit manik, dan pengunjung Noramanik.blogspot.

Dalam kesempatan ini, saya ingin memohon maaf seandainya dalam kita perbualan dan perbuatan saya, saya ada melakukan kesilapan sama ada saya sedar mahupun tidak.  Mohon dimaafkan segala kesilapan diri saya.  Seandainya saya ada masih terhutang wang ringgit mahupun perkara yang belum dilangsaikan, silalah hubungi saya di 012-3654519 untuk urusan selanjutnya. 

Kepada pelanggan yang pernah menerima perkhimatan sulaman manik dari saya, terima kasih atas sokongan anda.  Diharapkan anda berpuas hati dengan hasil kerja saya.  Andai ada komen, silalah beritahu kerana saya berminat dan berusaha untuk memperbaiki segala kekurangan yang ada. 

Terima kasih, semoga bergembira di hari raya ini. 

Putri Maya - untuk bondanya

Beads on lace - highlight di bahagian tangan sahaja. 

Putri Maya - Aug 2012



Sulaman Leher di bahagian leher dan tangan.  Ada sedikit elemen 3D di atas kain lace.

Ros - Putrajaya

Sulaman manik 3D hanya tertumpu di bahagian tangan sahaja. 


KAK ROZI - AMPANG


Maaf, saya baru berkesempatan untuk berkongsi gambar2 untuk tatapan para pengunjung Noramanik.  Selamat menjamu mata.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...