KAK DURA - PUCHONG

Maaf, kerana gambar kurang memuaskan.



KAK ROZI - AMPANG

Saya menampal lace di kebaya Kak Rozi dan menghiaskannya dengan manik dan sebagainya.


CRUMBLE KAK SALWATI - BRUNEI



KAK NORLINA - TERENGGANU




PUTERI MAYA

Baju milik Puteri Maya yang juga merupakan seorang lagi pelanggan setia saya sejak dari mula saya menceburkan diri dalam bidang ini. 


BEADS ON LACE - MS. X

SHIMMERING FLORA - NURUL

Baju pertunangan Nurul. 





KAK NORLINA - TERENGGANU

Kak Norlina adalah salah seorang pelanggan setia saya.  Saya hanya highlight di bahagian tangan sahaja.


CIKGU DAYANG

Bahagian tangan sahaja.



FUSHIA - NORA

Ada gabungan teknik 3D dan crumble yang digunakan untuk baju saya sendiri.  Sulaman manik terdapat di bahagian leher dan lengan kiri dan kanan.  Kalau ada yang nampak macam pelik saja batu yang digunakan, saya 'memetik' batu itu dari seutas rantai yang dibeli secara lelong.  Saya tidak berminat untuk memakai rantai tersebut, tetapi saya minat batu2 yang digunakan untuk dijahit di baju saya.  Inilah hasilnya. 



KEMAS KINI

Assalammualaikum

Sedar tak sedar dalam kesibukan melayan tugas di pejabat, rumah, menjahit manik, tahun 2012 sudah mencecah bulan Jun.  Baru saya sedar, lamanya saya tak mengemaskini blog yang secara tak langsung memberikan saya peluang menampilkan hasil seni tangan sulaman manik saya yang menjadi minat saya sejak tahun 1998.  Semuanya bermula pada tahun itu.  Sedikit demi sedikit pengalaman menjahit manik dikumpul.  Alhamdulillah, kalau dulu saya takut, segan, rasa rendah diri hendak menunjukkan hasil kerja saya.  Bukan lah maksudnya sekarang nih saya berani SANGAT nak pamerkan hasil kerja saya yang masih lagi di peringkat ubun2 lagi.  Cuma niat saya agar perkongsian idea ini akan bercambah apabila  ada yang diluar sana yang sudi menjadikan ianya sebagai satu ilham untuk menghasilkan rekaan untuk setiap baju kepunyaan sendiri mahupun pelanggan masing2.   Mungkin juga ada yang berminat untuk mendapatkan khidmat saya menjahit baju anda?  InsyaAllah.. Kepada mereka yang pernah menghantar dan berminat untuk meminta saya menyulam manik di baju anda, anda bolehlah menghubungi saya.

Nora Abd Rahman
012-3654519
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...