KERONGSANG DARI MANIK 3D - KAK GEE

Kebarung : Milik Kak Gee
Material : Shantung silk
Tatarias manik :  Bahagian dada dan tangan sahaja

Saya menggunakan teknik 3D yang membentuk sebuah kerongsang  untuk baju kebarung kak Gee. (still need to improve more on the design and technique)

 Comment dari Kak Gee  :  Cantik!  (Alhamdulillah)



KALUNG - ANA

Baju :  Adik saya, Ana
Material :  Satin
Tatarias  :  Bahagian Dada dan Lengan

Sebelum ni saya pernah berkongsi gambar baju ini di Facebook saya :  Nora Rahman.  Ada yang comment, nampak sama bentuk yang dijahit.  Sebenarnya saya tidak menggunakan lace langsung untuk menjahit manik di baju Ana.  Hanya menggunakan kertas keras yang dilukis dan digunting mengikut corak yang dikehendaki.  Tidak lupa juga pen silver dust yang pernah saya ceritakan di Noramanik.Fotopages suatu masa dahulu.  Stress nak siapkan baju ni sebab berulangkali saya membuka kembali jahitan akibat tak sama susunan bentuk yang dijahit.  Alahai.... bila nak siap nih.  Lama tau saya jahit baju nih. 

Satu habit saya yang sukar diluntur.  Adik, suami dan rakan-rakan terdekat menjadi mangsa saya.... Dek kerana terlalu lama menghadap sesehelai baju itu, mulalah saya tertanya2.... Ok ke?  Ok ke?  Jadi, merekalah mangsa keadaan yang sering dirujuk tentang hasil yang separa siap sehinggalah siap sulaman manik tersebut. 


BEADS ON LACE - KAK FARAH

Jubah :   Bonda Kak Farah
Tatarias manik :  Bahagian depan /dada dan tangan sahaja

Sebenarnya saya menggunakan lace berwarna putih yang kosong.  Permintaan pelanggan supaya manik tidak dijahit di bahagian leher.  Hiasan manik perlu di bahagian badan dan tangan sahaja. 






SHIMMERING FLORA - KAK FARAH

Kali ni entry marathon on Shimmering Flora.  Boleh yea..? 

Baju nih milik Kak Farah.
Material Kain :  Chiffon
Jalinan Manik :  Leher dan siku  dan hujung lengan




SHIMMERING FLORA - ADLINA

Shimmering Flora - Pilihan Ad untuk menghiasi bajurayanya.
Material :  Cotton
Jalinan Manik :  Lengan sahaja.



SHIMMERING FLORA - MS. X

Permintaan Shimmering Flora tak henti2.  Kali nih menjadi pojaan hati kawan to my regular customer, Adlina.  Rekaan manik yang digunakan ada ciri2 rekaan umpama ekor burung merak, yang  dijalinkan bersama SF, memandangkan rekaan kain tersebut juga ada terdapat gambar ekor burung merak. 
Material :  Cotton
Jalinan Manik :  Tangan sahaja


SHIMMERING FLORA - WATI

Shimmering Flora menjadi pilihan, si putih gebu,  Wati dari Putrajaya.
Material kain :  Chiffon
Jalinan Manik :  Leher dan lengan sahaja.


PINK SAKURA

Baju milik Puan Mariah dari Melaka.  Hiasan manik di bahagian tangan sahaja. 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...